Monday, 12 November 2018
SAHABAT SEJATI
dalam hidup ini kita semua ada sahabat tersendirikan??siapa sahabat anda yang paling anda percaya mahupun anda sayang sangat???saya doakan anda sentiasa sayang sahabat anda dan tanpa sahabat terdekat kadang kala hidup ni sunyi sebab sahabat lah pendamping kita pengganti keluarga dan paling penting sahabat lah paling faham perangai masuk air dan kadang2 perangai gedik kita yang menjengkelkan sesiapa.namun bila sahabat hilang ,kita tercari cari dia tanpa kita sedari kita kerinduan dengan sikap dia dan kerinduan dengan segala sahaja tentang dia.
sahabat adalah pedamping setia kita diwaktu kita bermasalah dan kita sedih namun dia juga sentiasa ada diwaktu kita gembira.sahabat yang mungkin adalah partner in crime kita yang merupakan kawan gaduh,kawan benci,kawan menghanjing,kawan poyo tapi bila ketiadaan dia kita tertanya tanya adakah kita buat salah??
dalam nilai persahabatan ego tolak ke tepi kerna ego mampu memusnahkan perhubungan yang sedia terjalin tanpa kita sedari.mungkin sahabat kita ada kelebihan dan kekurangan namun kelebihan dia satu kegembiraan buat kita dan kekurangan dia satu kesedihan buat kita.sahabat pendengar setia semua masalah kita walhal sampai kes period pon pasti kita nak berceritakan walaupun kita tahu kdg2 sahabat kita pun kaki penglipur lara gak tapi itulah sahabat yang kita miliki dan terima lah beliau seadanya kerna tanpa beliau siapa kita sekarang.
bila bergaduh jangan sesekali kita mengucapkan kata2 yang menguris hati sahabat kerna apa?kerna dia sudah pun terluka dan ambil lah pendekatan mendiamkan diri dan menjauhi diri hingga semua menjadi tenang semula.sahabat yang terbaik sanggup berkorban apa sahaja untuk sahabat yang dikasihi percayalah nilai persahabatan lebih indah dan sangat bermakna kerna kita akan saling bergaduh dan membenci namun itulah membuatkan ikatan kita kukuh tanpa kita sedari.
baik dan buruk sahabat itulah aras kasih sayang untuk hubungan yang lebih baik kerna kita duduk di bumi bukannya disyurga yang sentiasa penuh dengan kebaikan serta keindahan.sahabat sejati sekalipun ada masalah yang melanda bawalah bertenang dan cubalah melepaskan perlahan lahan dicuping telinga ini tanpa org lain dengari.segala yang dibukukan dihati pasti akan rasa lega apabila dilpeaskan secara perlahan lahan dan percayalah setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.senyum dan sentiasa ceria dengan diri anda kini.jangan jatuh demi perkara yang masih boleh diselesaikan dan jangan sedih untuk perkara yang dah berlaku.buatlah sesuatu yang menghiburkan hati anda dan yang penting senyumlah selalu.senyum itu menawan setiap insan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
IBU ada insan yg dikurniakan ibu sampai mereka dah besar dan meningkat dewasa,namun ada insan yg ketiadaan ibu sejak dibangku sekolah.han...
No comments:
Post a Comment