Friday, 16 November 2018


IBU

ada insan yg dikurniakan ibu sampai mereka dah besar dan meningkat dewasa,namun ada insan yg ketiadaan ibu sejak dibangku sekolah.hanya kenangan yg tinggal dan secebis memori yg masih bersisa baki ditinggalkan dikotak minda ini.berputar putar melihat pengalaman dan situasi ini hanya akan difahami oleh insan yg senasib dan tahu perasaan itu wujud.

sy bkn berasal dari family yg penuh kebahagiaan,kesenangan,mahupun kehendak yg pasti akan dapat.sy hanya tersenyum saat dpt apa yg diberi oleh arwah ibu saya walaupun hanya sebungkus nasi lemak bekalan pagi sebelum ke sekolah.kadang2 kasut tidak sama saiz bukan?begitu jua manusia tidak sama nasibnya..

tentang arwah ayah sy kurang bercerita kerna saya tidak tahu apa2 hanya yg saya tahu dia sudah tiada sahaja.pun kehilangan dia masa saya bersekolah juga cuma saya xterasa sangat kehilangannya kerna sy xpernah atau rapat.manusia mcm saya xpernah meminta sebab tu saya xpernah meminta bukan2 dengan suami saya.apa dia berikan saya terima dgn tangan terbuka dan apa yg dia xmampu berikan waktu sy meminta hanya saya sambut dengan hati yg terbuka juga.tiada apa yg mahu dirahsiakan dalam kehidupan saya sebab mmg saya berasal dari orang kampung dan saya tidak pandai sangat .

disini saya mahu pembaca hargailah parents anda yg masih ada,jgn lah melawan cakap mereka dan cubalah berlembut dgn tutur kata walaupun kdg2 teguran mereka menyinggung hati anda.tapi percayalah anda harus bersyukur dgn apa yg anda ada.parents lah harta dunia akhirat anda dan kawan baik anda biar sesusah mana namun lihat wajah parents buat anda happy dan ceria.

saya merupakan pesakit scoliosis sejak lahir dan saya penderita sakit tulang belakang sejak sekolah..selepas arwah ibu saya meninggal saya demam panas selama 2minggu disaksikan oleh semua makcik2 saya yg bawa saya berubat sana sini.akibat kerinduan yg tak tahan sangat dan saya teramat rindu pd arwah sampai skg.saya berkahwin pada usia yg muda dan saya memang ada kencing manis sewaktu mengandung hingga kini..saya xseperti manusia lain yang happy dan seronok boleh buat semua aktiviti lasak mahupun apa2 kerja yg berat.saya cuma hanya boleh bkerja ikut kedaan badan saya dan hanya org yg sakit belakang sahaja faham sakit tu mcm mana.saya bersyukur sebab suami terima saya seadanya dgn penyakit saya dan tak pernah mengeluh walaupun dia tahu saya cacat,tak mempunyai bentuk badan yg menarik,dan kerap sakit.namun dia sudi pegangn tangan saya setiap malam.

saya xkuat mcm org lain dan sy dah lalui mcm2 benda yang berlaku namun saya xkuat semangat utk tempuh semuanya.tapi saya bersyukur sebab ada family in law yg mcm keluarga sendiri malah mereka lah pengganti kasih syg yg berbelas tahun saya hilang,jika org yg normal pon boleh faham situasi saya ..adakah org mcm saya ada peluang utk jd seperti org lain??jadi dalam hidup ini cari dan buat lah sebanyak mana kebaikan yg anda mampu lakukan.saya pun dah ckup syukur dengan semua yg saya ada walaupun hanya benda biasa sahaja.anda yg mungkin xfaham situasi saya apa kata anda banyak habiskan masa di rumah anak yatim,rumah org tua,hospital..pasti anda akan lebih menghargai apa yang anad.hari nie mok emo sebab rindu ibu..rindu bekal nasi lemak ibu...ntahlah..

buat wanita diluar sana saya doakan anda yg sudah berkahwin dikurniakan zuriat secepat mungkin dan yang dah ada zuriat tu lehh tambah lagi yerrr..hehehehehe..insyallah kita wanita pasti boleh menambah umat nabi muhammad s.a.w  doakan saya juga yaaaa.syukur bila lihat kaum wanita jd insan yg kuat utk bt semua kerja dari uruskan family,karier,dll..paling best bila moment jd ibu dan melahirkan zuriat dari rahim kita sendiri..

No comments:

Post a Comment

IBU ada insan yg dikurniakan ibu sampai mereka dah besar dan meningkat dewasa,namun ada insan yg ketiadaan ibu sejak dibangku sekolah.han...