DUNIA FESYEN SATU TREND ATAUPUN IA WAJIB UTK SEMUA?
assalamualaikum dan salam petang bt rakan islam saya mahupun yg bukan islam,hari ni topik saya berkisar mengenai dunia fesyen yg paling2 diminati oleh kaum wanita.namun ada segelintir wanita yang hanya berpakaian ringkas dan tidak mengikut arus dunia fesyen.saya sendiri merupakan insan yang tidak begitu bijak ataupun mahir dalam berfesyen kerna saya sorg yg agak simple sahaja.namun saya suka reka sendiri baju ataupun apa sahaja rekaan yg pada saya logik dan boleh dipakai oleh saya sendiri.
buat wanita diluar sana adakah anda sorg peminat dunia fesyen?adakah anda sorg cerewet dlm menjaga imej anda?adakah anda sorg yang agak menjaga tatarias anda hinggakan anda perlu perunding imej sendiri?bagi yg sangat2 menjaga imej pasti mereka merupakan insan yg bekerja dlm bidang glamour dan perlu sentiasa kelihatan cantik dimana sahaja.saya support wanita yg sentiasa kelihatan cantik demi menjaga imej dan pembawaan mereka dihadapan org lain.pertama sekali seandainya kita bukan lah insan yang mahir dalam dunia ataupun aliran ini ,kita boleh bertanya pada rakan2 yang mahir dalam dunia fesyen ini maybe ada idea mereka yg bernas dan boleh dicuba demi mengubah diri kita menjadi lebih kelihatan menarik bukan?pada saya untuk dunia sekarang fesyen mmg wajib utk kita cuba dan lakukan demi menjaga penampilan kita sendiri.
bagi yg bertudung jangan segan untuk bersama2 berkongsi idea yang menarik bersama rakan2 anda yang lain.sebab zaman modern kini muslim yg bertudung juga sudah boleh menggunakan pelbagai jenis gaya dan fesyen terkini seperti yg anda lihat dimajalah ataupun juga di media social.perkongsian yg berfaedah serta saling bertukar cetusan rasa dan idea yang segar dlm dunia fesyen mampu membuatkan ilham dlm pemakaian dalam seharian.bagi wanita yang berkeluarga jangan takut untuk melakukan perubahan dalam diri anda juga.jangan risau tentang kritikan namun cubalah melakukan perubahan demi diri sendiri dan berani utk keluar dari sesuatu yg menjadi kebiasaan anda jua.dalam konteks dunia fesyen terkini kebanyakan anak muda masa kini gemar meniru fesyen dari korea,jika dilihat secara teliti kebanyakan gadis2 remaja suka memakai baju mahupun gaya makeup seperti artis korea.antara produk yg menjadi kegilaan remaja malaysia kini ialah pakaian,kasut,makeup,pencuci muka serta aksesori yg boleh didapati dipasaraya.
saya bukan lah insan yang sangat2 hebat mahupun bijak dalam menentukan jenis pakaian namun saya suka melihat anak remaja masa kini yang semakin terbuka dalam berfesyen malah bukan dikota namun di kampung jua.lihat lah bagaimana pengaruh kpop telah membuatkan perubahan yg drastik pada remaja ini.sebut sahaja artis kpop semua mereka kenal hinggakan rancangan kpop pun menjadi rancangan kegemaran rakyat malysia seperti running man.dengan rendah hati saya merasakan bahawa xsalah jika kita jadikan sesiapa sahaja rujukan dalam apa jua yg kita ingin lakukan.
No comments:
Post a Comment